BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 12, 2010

Ahad; 12/12/2010

Hari ni merupakan hari yang paaling banyak aku makan. tak tahu la kenapa aku rasa nak makan. walhal nafsu makan x de pun..x pe..esok aku puasa..hehehe..perut ni rasa ketat semacam je..sebab penuh..huhuhu..aku masak tomyam..selalunya aku pakai air limau yang diperah. tapi semalam aku terbeli sebuk lemon Knor sepeket besar.so, aku pun masak pakai serbuk tu la..
Aku rasa serbuk tu x berapa bagus la..sejak aku makan tomyam tu, tekak aku ni sakit sangat. lelangit cm bengkak sket.. aku rasa banyak citric acid ni..lain kali aku stop lah penggunaan serbuk lemon ni..huhuhu..Minum teh cina pun x berkesan tekak aku ni..selalunya kalau rasa2 nak sakit tekak aku minum teh cina, terus hilang sakit tekak aku,..tapi hari ni kira kuat jugak sakit tekak aku ni..penangan serbuk limau nipis lah ni..aduss...!

Ni menu diet aku hari ni;

Breakfast : Capati 1/2 keping + Roti telur 1/2 biji
Lunch : Nasi, 2 senduk ( paling banyak sejak aku diet), kangkung, tomyam.
Petang : Keropok Lekor 4 biji, Coklat 2 ketul
Malam : Nasi 1 senduk, Kangkung, Tomyam, telur kampung goreng.

Menu hari ni, menu paling banyak yang aku makan sejak aku diet..Esok memang confirm la aku puasa..hehehe..

Sabtu;11/12/2010

Hari ini aku jalan-jalan ke KLCC. Ramai sungguh orang kat KLCC. ada macam-macam jenis orang.Maklumlah, time cuti sekolah. rombongan cik kiah pun ada. penuh kat petrosains tu..aku biasala..pagi makan x banyak, tengah hari heavy sket. malam ringan-ringan aje.

Malam aku gi tengok wayang dengan husb. cerita " My soul to take". Boleh la nak layan. jalan cerita agak kureng.,ending x berapa kick.layan je la hujung minggu cenggini..

Ni diet aku untuk hari sabtu;

Breakfast : Telur kampung separuh masak 2 biji.
Lunch : Nasi Teppanyaki ayam dengan green tea
Dinner : Mee bandung 2 sudu.
Tengok wayang : Buah mangga (seludup masuk..hehehe)


Teppanyaki ayam- X berapa clear pulak

Thursday, December 9, 2010

Buku Diet

Hari ni aku nak tunjuk beberapa buku diet yang aku beli. Diet aku x de la beli produk--produk yang dijual di pasaran melainkan Jamu Mak Dara. yang lain, aku pakai diet ikut buku ni lah. dalam buku ni ada macam-macam resepi masakan untuk diet & tips-tips diet.

 buku ni beli kat kinokuniya KLCC
yang ni beli kat kedai buku agama

Wednesday, December 8, 2010

Rabu; 8/12/2010

Hari ni aku gi kerja pakai baju kebaya!..yess!..korang nak tau..baju kebaya tu 5 tahun lepas punya. sebelum ni nak pakai. tapi leh masuk tang peha je..pas tu nak tutup zip dah x leh..huhuhu..sekarang..boleh masuk!..happy sangat.lain2 baju akan aku punggah balik dalam almari..hehehe..sejak aku kerja kat ofis aku tu..hari ni la 1st time kenkawan ofis tengok aku pakai kebaya..terkejut diorang nampak aku. mula la diorang interview aku apa yang aku makan..hehehe,.aku biasa la,..jawab macam yang aku tulis kat diari ni la..

pagi tadi kepala aku asyik berdenyut2 je..tanda2 migrain. time tengah hari aku minum teh cina. petang je..hilang terus sakit kepala aku ni..kalau x..abis satu beg aku selongkar cari ponstan..aku rasa, sejak aku diet cenggini, sebiji ponstan pun aku x sempat telan. minum teh cina je, hilang terus migrain aku. Alhamdulillah.

Sebenarnya, x perlu diet teruk-teruk.x perlu jugak abiskan beratus atau beribu-ribu duit semata-mata nak kurus. apa yang penting keazaman kita untuk kurus. makan pada setiap waktu makan..& makan dengan cara yang betul. baru la berkesan.!

hari ni aku makan macam biasa2 je..
Breakfast : Roti Gardenia Breakthru sekeping + Serunding, Teh Cina
Lunch : Nasi 2 Sudu, sayur pucuk manis+labu, ulam kacang botol, brokoli & ikan goreng
Dinner: 2 sudu pizza ( buat sendiri), bubur kacang hijau 3 sudu. dah kenyang.


Apa yang paling berjaya aku buat adalah,..aku berjaya menahan diri dari makan banyak pada dinner ahad lepas.. family aku dinner kat restoran. celebrate birthday.. aku hanya makan lala, sayur campur sahaja..walhal ada macam2 atas meja tu..chic chop, nasi goreng, udang goreng butter, sotong goreng tepung, sup ketam, pergh!!...x pe..aku x terliur pun..hehehe..

Tuesday, December 7, 2010

Isnin; 07/12/2010

Tadi timbang berat..yahoo..turun lagik..berat sekarang dah 62.5kg.. dah banyak kempis..aku bukak la almari tengok baju2 yang 5 tahun lepas..sebelum ni aku try, memang sendat sesangat. hari ni aku try..fuh!..muat!..macam x percaya je..hehehe.. esok boleh la aku pakai baju 5 thn lepas kat ofis..ngehehehe..mesti diorang ingat aku beli baju baru...slim beb! menjadik diet aku..!

Isnin; 07/12/2010

Hari ni timbang berat. turun lagi 1 kilo. minggu ni aku dah tak makan pil ayurslim hilmalaya.. makan, still control. makan banyak sayur & buah-buahan. . Ikan aku jadikan lauk harian. x pun telur aje..seronok sangat bila badan rasa ringan & perut pun kempis.hehehe..

makan2

entah kenapa, kepa otak ni asyik nak makan makanan jepun je..hehehe..ikan salmon bagus dimakan. so, x de masalah la kalau nak makan makanan jepun..sushi, sup miso, & yang paling best chawamushi..slurppp..