BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 8, 2010

Rabu; 8/12/2010

Hari ni aku gi kerja pakai baju kebaya!..yess!..korang nak tau..baju kebaya tu 5 tahun lepas punya. sebelum ni nak pakai. tapi leh masuk tang peha je..pas tu nak tutup zip dah x leh..huhuhu..sekarang..boleh masuk!..happy sangat.lain2 baju akan aku punggah balik dalam almari..hehehe..sejak aku kerja kat ofis aku tu..hari ni la 1st time kenkawan ofis tengok aku pakai kebaya..terkejut diorang nampak aku. mula la diorang interview aku apa yang aku makan..hehehe,.aku biasa la,..jawab macam yang aku tulis kat diari ni la..

pagi tadi kepala aku asyik berdenyut2 je..tanda2 migrain. time tengah hari aku minum teh cina. petang je..hilang terus sakit kepala aku ni..kalau x..abis satu beg aku selongkar cari ponstan..aku rasa, sejak aku diet cenggini, sebiji ponstan pun aku x sempat telan. minum teh cina je, hilang terus migrain aku. Alhamdulillah.

Sebenarnya, x perlu diet teruk-teruk.x perlu jugak abiskan beratus atau beribu-ribu duit semata-mata nak kurus. apa yang penting keazaman kita untuk kurus. makan pada setiap waktu makan..& makan dengan cara yang betul. baru la berkesan.!

hari ni aku makan macam biasa2 je..
Breakfast : Roti Gardenia Breakthru sekeping + Serunding, Teh Cina
Lunch : Nasi 2 Sudu, sayur pucuk manis+labu, ulam kacang botol, brokoli & ikan goreng
Dinner: 2 sudu pizza ( buat sendiri), bubur kacang hijau 3 sudu. dah kenyang.


Apa yang paling berjaya aku buat adalah,..aku berjaya menahan diri dari makan banyak pada dinner ahad lepas.. family aku dinner kat restoran. celebrate birthday.. aku hanya makan lala, sayur campur sahaja..walhal ada macam2 atas meja tu..chic chop, nasi goreng, udang goreng butter, sotong goreng tepung, sup ketam, pergh!!...x pe..aku x terliur pun..hehehe..

0 comments: