BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 21, 2010

Ahad; 21/11/2010

Hari ni ada family day ofis hubbby. erm..makan..pagi nasi lemak sebungkus, karipap 2, donut 1..huhuhu tidak!! Tengah hari, nasi sesenduk, ayam ketul kecik & daging  2 ketul. malam, sayur cauliflower, kacang peas, capsicum & sesudu nasi..goreng semua..hahaha..Rasa cm menyesal pun ada makan benda2 tu..especially yang breakfast tu. tapi x pe la..dah sebulan lebih aku x makan nasik lemak & kuih muih..ok la boleh diterima. Baru-baru ni timbang berat..korang tau x berapa..hahaha..seronok giler..turun lagi satu kilo menjadikan berat terkini 64 kilo..perut dah semakin kempis. baju sendat pun dah bileh pakai dah..seluar pun dah longgar.. memang nampak la perbezaannya. cuma tang perut ni jadi menggeleber lah pulak..kena giat gelek perut dengan osim belt lah ni..keh..keh..keh..kalau nak buat sit up..sorry la..aku x leh..sebab kalau buat sit up kena maintain buat hari2..kalau x,, perut akan naik berkali ganda..

Wednesday, November 17, 2010

Rabu; 17/11/2010

Selamat Hari Raya Aidiladha..Walaupun cuti, aku x leh balik kampung huhuhu..sebabnya cuti aku dah tinggal sikit. nak simpan untuk emegency..sedihnya..! macam-macam aku masak. kononnya nak meriah la..dalam dok ghairah masak, rupa-rupanya semua jiran aku x ada hari ni..huwaaa!!siapa nak makan juadah ni semua?..isk..aku x la masak macam-macam jenis. Hari ni aku cuma masak rendang ayam tua yang liat nak mampos, rendang daging dimakan bersama lemang, sup daging untuk dimakan dengan bihun sup.so far, yang dok melantak sesangat, bibik dengan hubby aku la..hehehe..aku pun dah lauk dok depan mata..apa lagi..habis la diet aku hari ni..tak pe lah..hari raya lah katakan..huhuu..nasib baik petang tadi jiran sebelah rumah ni balik.so, apa lagi, aku tapau la semua benda tu kat diorang..selamatt..

Diari makan aku hari ni..hahaha..korang tau je la..of course semua benda yang aku masak tu..tapi still under control la..kihkihkih..

 rendang ayam tua yang liat tahap gabanzz

 sup daging..

Monday, November 15, 2010

Isnin; 15/11/2010

Hari ni..huhuhu,..aku x tau la apa yang aku makan hari ni bermanfaat ke x.. pagi makan cereal & susu..ntah kenapa, lepas breakfst, kepala aku kena migrain..argh..!..Berdenyut-denyut..nak makan ponstan, x berapa elok, so, aku minum air masak banyak-banyak..still x hilang..tengah hari ada ceramah agama kat ofis, so ada la makan free..nasi impit dengan kuah kacang. actually , aku nak makan nasi, sebab aku migrain ni..kang kalau turun ofis kang, bertambah lak migrain aku.so, aku hadap je la nasi impit dengan kuah kacang. nasi impit aku ambik 5 ketul je..pastu aku sambar kek coklat & kuih koci sebijik.. malam aku makan nasi sesenduk dengan sayur brokoli campur & telur goreng..aku rasa malam ni makan x berapa puas hati la..sebab migrain aku ni lah..isk..nak tido pun dok sakit lagi kepala aku..harap-harap esok hilang la.

Tuesday, November 9, 2010

Selasa; 09/11/2010

Dah lama x masuk sini..ada sebabnya..sibuk dengan ofis & ada masalah peribadi..huhuhu.. makan pun x berapa nak kontrol dah..tapi still la maintain berat aku 65kg..ada bau2 nak ke 64 kg..hehehe..seronoknya..dah 5 kilo berat aku turun dengan cara pemakanan yang sihat..kenkawan kat ofis pun ramai tegur aku dah nampak kurus..tu yang buat lagi bersemangat nak kurus tu..!Untuk pengetahuan korang, selain dari dapat menguruskan badan, badan aku juga rasa sihat. kalau selalu tu, sebulan, mesti ada penyakit selsema sampai batuk-batuk..dalam sebulan aku buat diet cara ni, alhamdulillah, x de selsema & batuk! Aminggu ni aku dah kurang makan cereal, sebab tekak ni dah x leh nak terima dah..so, aku ganti breakfast dengan roti gardenia breaktru & tuna light.roti tu pun sekeping je..kenkadang pagi2 aku x rasa lapar pun..kul 10.00 aku makan buah..sampai ke tangah hari. cayalah!Tengah hari aku makan nasik dalam 2 sudu je..tu pun x abih..sebabnya..jeng..jeng.,.jeng...aku masak sayur semangkuk tuk aku sorang..bila asyik dok hadap sayur, nasik pun makan x abih..hehehe..lauk..of course ikan..hari ni ikan salmon bakar..malam,,.aku makan nasik..2 sudu gak..sayur banyak cm biasa..aku dah makin suka pulak makan sayur2 ni..kalau x de sayur rasa x lengkap meal aku..sayur pulak, aku masak sendiri..sbb pakai minyak canola.seronoknya! dapat kuruskan badan..hehehe..