BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 30, 2010

Taugeh Goreng

Hari ni nak bagi resepi yg agak menyihatkan. taugeh goreng. cara goreng, sudah tentu dengan cara yang menyihatkan.sebelum tu nak cerita sket pasal kebaikan taugeh ni. taugeh ni, orang selalu cakap sayur ni sejuk.bagi orang melayu cm aku la. tapi sebenarnya ada khasiat yg tersembunyi di sebalik sayur yang bernama taugeh. "Sprouts are one of the most concentrated natural sources of vitamins, minerals, enzymes, trace elements, amino-acids and proteins on Earth." Taugeh ni, seeloknya dimakan mentah. tapi kalau nak goreng pun boleh aje..lagi banyak kita makan taugeh, lagi bagus untuk kesihatan kita..bagi yang berdiet, ini lah peluang mempelbagaikan masakan anda..kalau asyik dok makan brokolli je boring jugak kan? aku kata kat diri aku la..ngahaha..ni ada resepi simple untuk dikongsikan;


Taugeh goreng;
Bahan2;\
2 cawan taugeh(kepala besar)
sedikit daun kuchai
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji cili merah
Sedikit garam & kicam masin
Satu sudu besar minyak canola


Cara2;
tuang minyak canola dalam kuali bersama-sama bawang putih.
agak-agak naik bau, masukkan taugeh dan daun kuchai.
masukkan garam dan sedikit kicap masin.
taburkan cili merah. siap.!


p/s : kalau ada kacang peas, boleh letakkan sekali dengan taugeh..

Thursday, October 28, 2010

Cara- cara memasak nasi beras perang secara sihat

Beras perang ni sebenarnya sedap..kalau kena dengan cara masak la..beras perang ni sebenarnya lebih baik dari beras putih.terutamanya bagi mereka yang berdiet, darah tinggi, diabetes & penyakit lain.lagipun, makan nasi ni cepat kenyang & tak macam beras lain..


 Ni cara-cara masak beras perang;

Hidangan untuk seorang.

Cuci 1/2 cawan beras perang. kukus dalam pengukus lebih kurang 45 minit. jangan lupa letak air (agak-agak beras tenggelam sedikit). setelah nasi masak, semburkan olive oil dan gaul rata. Sedia untuk dimakan.

Khamis; 28/10/2010

Tup2 dah hari khamis. Boring pulak dok rumah tanpa suami ni..huhuhu..mr hubby oustation sebulan..sedih..tapi yg bestnye..makan x berapa lalu..hihihi..jadi..masuk hari ni, dah 2 hari aku puasa..puasa ganti..ada 5 hari nak abiskan..so, bab makan..haa..korang tau jela..kalau dah puasa tu..time tengah hari mula la dalam kepala otak ni dok fikir nak makan macam-macam..isk..nasib baik la nafsu tu boleh kontrol.kalau tak..kantoi la.ni menu aku..untuk sahur & berbuka;

Sahur : Roti breaktru + telur,Sayur cauliflower, capsicum, brocolli,& kobis cina..goreng dengan canola oil + bawang putih..sedap gak..hehehe
 Berbuka : Nasi beras perang + ulam pegaga + tempoyak+ ikan stim.
kenyang jugak la..nanti aku masukkan resepi-resepi yg healthy kat sini..

Saturday, October 23, 2010

Sabtu; 24/10/2010

Hari ni dah hari sabtu. actually ada beberapa hari yg saya x masukkan dalam diari. sbb menunya asyik sama jek. boring pulak.Hari ni kira ok la..baru beli stok2 makanan yg agak berkhasiat. Hari Jumaat baru ni aku gi mines beli buku tajuk"The Fertility Diet" ok la untuk orang yg gila diet macam aku..& dalam masa yang sama tengah planning nak tambah anak. Nasib baik aku x buat diet cara atkins.Rupa-rupanya diet atkins ni x elok sangat untuk jangka panjang. Dalam buku yg aku beli ni, ada kata diet dengan cara makan daging boleh menyebabkan infertility. maknanya susah nak dapat anak bila diet cara ni..kurus memang la boleh kurus. tapi kalau dah sampai susah nak mengandung..ha...payah ni..so, seelok-eloknya makan makanan bersayur, kekacang, susu & kalau boleh jadikan ikan sebagai lauk. ok la..sekarang, dalam peti sejuk rumah aku dah penuh dengan sayur-sayur, buah-buahan & juga susu.x lupa juga roti gandum penuh & bijirin..

So, nanti korang tengok la aku leh kurus + mengandung x dalam masa terdekat ni..kalau menjadi, korang boleh le apply kat diri korang masing-masing.

Perut aku dah kurang sket nampak buncitnye..alhamdulillah. Dah lama aku impikan perut yg agak kempis ni..hehehe..berkat Diet makan & Jamu mak dara..bagus..bagus..target nak kempis dalam masa sebulan ni..

Menu Hari ni :
Breakfast : Bijirin+susu
Lunch : Nasi sesenduk+ kangkung 2 ikat + Ikan masak asam pedas
Malam : Bijirin +susu

Wednesday, October 20, 2010

Rabu; 20/10/2010

Hari ni macam boring je..pepagi masak sayur taugeh.anak pulak buat hal x mo gi sekolah..last2 masuk sekolah lambat. isk..x best tul pembukaan pagi hari ni..abis spoiled satu hari ni..apasal la anak sulung aku tu cenggitu perangainye..tensen..tensen!.

Hari ni aku makan biasa aja..(hari2 biasa.huhuhu)
Breakfast : Roti gardenia breaktru+salad+tuna in olive+mayo+sos tomato+cili padi
Lunch : Nasi sesenduk, sayur taugeh, sayur tempe
Dinner ; cereal + susu & roti canai 1/2 biji\

Pembukaan & penutup untuk hari ni x best la..semua anak sulung aku punya pasal la ni..sabor je la..

Tuesday, October 19, 2010

Selasa; 19/10/2010

Hari ni anak aku sorang lagi pulak demam.isk..musim demam betul la..tapi hari ni aku x le cuti. kerja jugak. malam tadi baru bawak anak aku pi sedut gas kat klinik. anak aku yg sulung ni asma.kena sepam dua..ok la asma dia tu..hari ni makan ok la..x gelojoh macam sebelum diet..hehehe..
Breakfast : Cereal+susu
Lunch : Nasi sesenduk, sayur brocolli campur+ ikan bawal setengah ekor
Malam : Keropok lekor 5 ketul + karipap 1 biji (Jiran sebelah rumah kasi)

Isnin; 18/10/2010

Hari ni paaling malas nak gi kerja. Anak pulak demam.so, terpaksa le emergency leave pagi ni. bawak anak ke klinik, petang masuk ofis.
Dalam malas2 & sibuk2, diet tetap kena  diet. Actually, aku dah semakin biasa pulak makan benda2 diet ni..nasi pun dah x leh letak banyak2 dah,.makin hari makin sikit portion yg aku letak.yg letak banyak adalah sayur-sayuran. bila antara main meal tu aku lapar, aku makan buah je sampai kenyang. minum pun dah kurang minum minuman bergula & bersusu pekat. aku lebih suka minum teh hijau & teh cina yg x bergula sebagai minum petang..member ofis kata aku minum air pelik..x pe la..bior je la apa orang  nak kata. yg penting sekarang ni aku makan benda2 yg menyihatkan untuk badan aku..aku diet, bukan x makan langsung. aku makan apa..cuma banyak sayur & buah-buahan.So far, perut ni rasa kempis la sket. walaupun ada jugak kembung tu sket2..tapi ok la..x macam dulu..dah macam mak buyung aje..tadi ada timbang..x tahu la mesin penimbang tu rosak ke hapa..berat aku dah turun dari 68 kepada 66 kg..kalau turun kira ok la..long journey to go..


So, hari ni ini lah menu saya;

Breakfast : Roti Gardenia breaktru + tuna olive + mayo+ sos tomato+salad+cili ( bakar)
tengah Hari : Nasi sesenduk, ikan kembung bakar, ulam2+tempoyak
Malam : Cereal +susu

antara waktu2 tu ada lapar gak..aku makan buah je..malam main badminton..rasa segar sangat..walaupun dah lama x main.

Sunday, October 17, 2010

Ahad; 17/10/2010

Hari Ahad.Hari yg agak x best. sebabnya, esok dah kena kerja. ntah kenapa hari ni rasa lonely sesangat.huhuhu..nasib baik ada blog. leh update sket.
 hari ni kira hari cuti diet la bagi saya. since dah seminggu x makan banyak, hari ni pun rasa x teringin nak makan banyak pun walaupun hari ni saya free utk makan apa-apa.

Breakfast : Buah Epal + Diet Cereal + Susu
Lunch : Nasi Sesenduk + Kambing bakar + Ulam+tempoyak
Petang : Makan Aiskrim dengan kids
Malam : Roti breaktru 2 keping + Tuna in olive+ Mayo+ Sos tomato+cili padi 2 biji.( mayo & sos letak sket je)
Sebelum tido, makan buah prune.

Hari ni banyak gak membuang.seronok sangat. sebab sebelum ni cukup susah nak membuang. seminggu sekali pun payah. bila dah nak membuang, payah sangat sebab sembelit. Bagus gak makan sayur-sayur hijau ni. esok nak makan lagi.perut pun rasa cm kempis sket. timbang pun ada kurang sket. seronoknye..

seronok pun x leh le terlampau sangat.kang naik pulak badan aku berganda-ganda lak..kena kontrol makan..kita tengok aje ye..

Saturday, October 16, 2010

Sabtu; 16/10/2010

Hari Sabtu.cuti la..hari bersuka ria.hehehe..tapi makan still kena kontrol. since petang ada makan2 kat umah member, kena kontrol sket la.
Breakfast : Makan Diet cereal + susu
Tengah hari : Nasi sesenduk + sayur kangkung goreng belacan + ikan kembong stim + ulam raja& pegaga cecah tempoyak..terangkat! pergh!
Petang : Makan kat umah ofismate (Ada party) ; Buah Epal, kek sepotong+ nugget 2 ketul+ nasi ayam 2 suap (yg lain hubby tlg abiskan)-ok la untuk orang diet cm saya,..kalau x, abis makanan kat rumah orang tu aku kerjakan..
Malam : makan cereal + susu + buah pear.

Boleh kurus ke..? especialy tang perut..tengok je la ek..

Jumaat;15/10/2010

Hari ni makan  biasa-biasa aja..since makan pil hilmalaya + Jamu mak dara,, perut x berapa lapar sangat. saya makan buah lapik perut bila lapar. huhuhu..\

Breakfast : Roti gardenia breaktru + salad+tuna in sunflower oil+ sedikit mayonais & sos tomato
Makan buah sebelum lunch
Lunch : Nasi sesenduk+ikan masak asam pedas+ sayur taugeh+sayur campur
Petang : Makan buah je
Malam : Makan diet cereal +susu HL
Sblm tido : makan buah epal sebiji.

Semalam ada gi tengok kat kedai buku ttg pemakanan ni..minat gak nak beli..tapi x terbeli pulak.huhuh..nanti bila ada peluang lagi..pasti beli..

Thursday, October 14, 2010

Tips makan bagi mengelakkan sakit jantung

yee ha! hari ni hari jumaat..hari paling best. sebab esok cuti..hehehe..
ni ada sedikit tips yg saya dapat dari email.saja simpan untuk tatapan sekali sekala..

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
3. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
4. Elakkan memakan naget, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya
5. Elakkan mandi selepas makan
6. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
7. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
8. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
9.. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Khamis 14/10/2010

Hari ni makan biasa2 aja.sibuk sikit kat ofis, so, makan pun lintang pukang.
Breakfast : bijirin +susu
Kul 12, makan buah  pear
Lunch : Nasi 1/4, sayur kangkung 1 ikat. ikan masak asam pedas
Petang : Buah Pear
Malam : ni terlewat sket sbb gi mines lepas maghrib. Makan kat mines aje. menu, chineese yee me soup. tu pun hadap sket je..
supper : makan buah epal sebiji.

Wednesday, October 13, 2010

Rabu, 13/10/2010

pepagi tengok perut..arghhh! benci la 2 tempat tu..masuk ni dah dekat 2 minggu dok kontrol makan + pil diet(hilmalaya)+ slimming belt tiap2 malam + jogging hujung  minggu..berat still x ubah2 & perut pun kurang sket je..huhuhu..
hari ni nak try something new pulak..

 menu hari ni :

 sebelum breakfast : ambik sebiji buah pear
Breakfast : telur sebiji ( goreng cincang) + roti breaktru 2 keping + salad & gherkin.

sebelum makan tengah hari : pear sebiji + air limau nipis kurang gula.


Tengah hari : nasik suku pinggan, sayur petola, bendi & taugeh..penuh polistrin..hehehe..nasi x abih makan sbb kenyang makan sayur.

Petang : laksa ( buat sendiri)

Resepi laksa :
Bahan- Bahan:
1) 1 tin tuna chunk in olive oil ( ayamb brand) kalau x de..ganti je dengan isi ikan yg lain
2) 5 biji cili merah
3) 5 bji cili padi
4) sedikit belacan
5) Bawang besar 1 biiji
6) Daun kesom
7) Asam gelugur/asam keping
8) Garam secukup rasa.
9) Bihun @ laksa
Bahan-bahan 1 - 5 dikisar sampai halus ( Jangan lupa letak secawan air)
tuang bahan kisar dalam periuk bersama daun kesum & asam gelugur. tambah air ikut anda suka pekat atau x. biar sampai mendidih..letak garam secukup rasa.sedia dimakan bersama-sama ulam & telur. slurpp..

buku baru

salam..

aku buat blog ni bukan apa, saja nak tengok perkembangan dietku..adakah berkesan atau tidak..nak tulis kat diari, kenkadang tulis, kekadang x.bukan apa, malas nak kehulu kehilir bawa diari. kalau internet, comfirm tiap2 hari bukak.hehehe..

nak cerita sket la sejarah berat badan aku nih..dulu, masa bujang, berat dalam 45 kilogram je..tinggi dalam 161cm..korang bayangkan la betapa kedingnya aku time tu..pinggang..haha...24 aje..sampai susah bebenor nak cari saiz seluar..huhuhu..kalau beli pinggang 28, alamat kena ikat dengan tali la..nak kata makan..x la jugak dulu..breakfast, memang x de dalam kamus hidup aku time tu..tengah hari..aku makan nasik dengan sayur je..favorite aku, sayur kangkung..malam, makan nasik..kalau menu western ke, indian ke..sori la..x leh terima dek anak tekak aku..

aku ni memang dari kampung..nak makan ayam memang susah la..sebulan leh la makan dalam 2 - 3 kali..kalau raya, kompom ada ayam..masa belajar, menu aku memang nasi dengan sayur kangkung..bukan apa, actually, aku x de duit sangat..time matrik 1 sem, biasiswa x dapat lagi..bapak aku pun bukannya banyak duit..aku segan jugak nak mintak duit  ni.sbb bapak aku asyik dok cakap susah nak cari duit..nak bayar itu, bayar ini...last2 nasi dengan kangkung la lauk aku..kalau dah kering duit poket aku, aku makan nasik dengan kuah asam pedas je..huhuhu. sampai akak kantin tu pun kesian kat aku..dia caj 50 sen je..huhuu..sedih sangat..kalau kontang sangat poket aku..aku cari maggie mee la..harga 40 sen..aku kerat 2 utk makan malam & tengah hari..kalau abih duit langsung..baru aku telepon kakak atau abang aku..mintak duit..

masuk degree..aku kenal la sorang mamat ni..badan agak berisi gak..sejak aku kawan dengan dia la naku jadi kuat makan..dia suka belanja aku makan..makan pulak bagi aku pelik2 time tu..cm chicken chop, mee bandung, yong tau foo, ayam percik..isk..isk..isk..lebih memburukkan keadaan bila mamat ni sekarang dah jadi suami aku..lagi la..kira sekararang aku dah terer masak masakan2 western,..& apa2 saja makanan yg berlemak..huhuhu..

masa aku kawan ngan hubby aku ni, berat aku dah start naik..naik pun paling2 x sampai 50 kg la..sebab aku kerap gi membuang..heeheh..tahun 2002 aku kawin..tahun 2004 aku dapat anak..haa..time tu la berat aku kaw2 punya naik..masuk anak ke2..dah x boleh dibendung lagi..

sekarang berat aku dah pernah mencecah 70 kg..terkejut aku..baru2 aku timbang 68kg..kalau ikut BMI memang sah overweight..huhuhu..sejak aku perasan kegemukan aku..aku tangok..paha aku aje..saiz 28..perut toksah cakap la..sekarang tengah dalam proses nak kuruskan diri..x tahu la menjadi ke x nih..

oklah..nanti aku update lagi..chow..